Isnin, 11 Oktober 2010

Pertimbangkanlah GSTT yg dah berkhidmat 3 ke tahun ke atas di sekolah yg sama. Bukan mendesak pihak KPM, apa yg  diharap agar pengalaman yg mereka ada ini tidak disia2kan. Bukan tidak memohon peluang kerja lain,tetapi bila minta peluang lain working experience tidak selari dengan jawatan tersebut. Bertahun2 jd GSTT, adakah KPM masih meragui kesetiaan dan kemampuan mereka?Walhal disokong pengetua lagi utk berkhidmat kembali. KPLI dan DPLI sebenarnya menelan perbelanjaan dari segi elaun setiap para pelajarnya yg dibayar sekitar RM1300 seorg. Sedangkan kalau KDC itu lebih menjimatkan perbelanjaan dan urusan KPM di mana guru tersebut mengajar sambil belajar. Selesai masalah kekurangan guru yg melanda. Malaysia masih kekurangan guru sebenarnya.ini kerana 1 kelas hampir wujud 40 org.Renungkanlah sudut pendapat yg disuarakan. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.....biarlah isu ini mendapat kata sepakat bersama........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan